Saturday, March 01, 2003

Alamak...my website!! I can't update it. So, I have to write my journal here. Actually, Mohd. Ajwadi and I are having our outing right now. We are suppose to go for our outing yesterday, but we had our Imam and Imamah Course and here we are. We have to outing today. So, how's life? I'm very happy because i'm gonna go back home this weekend, 7/3/2003!!! Yea!!!

Genius Cyber Cafe, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban...

Wednesday, January 01, 2003

Malam tadi, aku tidur puul 3.00 pg. Kenapa? Sebab mak aku dapat tempahan untuk membuat nasi himpit, rendang ayam, dan kuah kacang untuk 120 org guru-guru di sebuah sekolah di tempat tinggal aku. Jadi, sebagai anak sulung, sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menolong emak. Jadi, kami berdualah yg duduk di dapur berdua..Penat..dahlah rumah aku nak buat TASKA. Ari tu kemas rumah dan macam-macam lagilah...So apa azam baru aku thn nih..hehe...mestilah nak berjaya dalam SPM 2004, kurangkan makan dan kekalkan peribadi aku yg org lain anggap positif(ops..terbangga dirilah pulak...) hehe...Bye...

Tuesday, December 31, 2002

Salamz...ari ni aku dapat panggilan daripada opss...sebelum terlupa...SELAMAT TAHUN BARU 2003!!! Semoga tahun baru dipenuhi dengan azam baru yg dapat direalisasikan untuk kehidupan baru...Ok..pg tadi kawan aku telefon dia kata masuk sekolah semula 6/1 tapi bila aku call sekolah, kerani sekolah kata masuk 20/1 pun boleh. Lepas tu, aku penin' kepala dengan adik-adik aku pasal makin hari diaorg makin gila..AGGHHH!!!! Ok..HAPPY NEW YEAR 2003!!!- zuan...

Monday, December 30, 2002

Assalamualaikum... Sorilah lama tak nulis...Bukannya malas tapi pc ni rosak dah 2 minggu...Last aku tulis 2/12 lepas tu 4/12 balik kampung...So, tak sempat nak tulis..Cuma apa yang aku nak beritahu di sini ialah pagi tadi aku gi sekolah nak amik result PMR..Sebelum amik tu aku tak lena tidur, tak lalu makan..muka pun pucat..yelah..NERVOUS! Bila dapat..Alhamdulillah...aku dapat 8A...So I'm very happy.Lagipun ari ni besday adik lelaki aku nombor 3..so my family and i celebrate kat Restoran Rhima Thai dengan perbelanjaan berjumlah 138 ringgit tapi berbaloi...Ok..setakat ni je..wassalam....30/12/02 ialah besday adik aku dan masa aku tulis ni tarikh dah berubah ke 31/12/02 pasal dah pukul 12.00 midnight...

Monday, December 02, 2002

Bonsoir...Comment çava? Alhamdulillah, je vais bien! (Selamat petang/bila masuk waktu p.m...Apa khabar? Alhamdulillah, saya sihat!) Itulah di antara ayat yang mula-mula aku pelajari sewaktu aku baru mula belajar French kat sekolah. Aku rasa sangat bertuah dapat belajar French kerana dahlah aku dapat belajar foreign language ke-4 (selain Jawa , English dan Arab), dah tu, subjek French di ajar secara PERCUMA kepada kami kerana semua Sekolah Berasrama Penuh diarahkan memilih bahasa asing untuk dipelajari. Selain French, kat sekolah aku ada belajar Jepun, tapi aku tak berminat nak amik pasal BJ adalah susah pasal nak kena hafal tulisan yang 3 jenis tu (hiragana, katakana, kanji)..Fuh..boring-boring...Hari ni takde apa-apa yg menarik pun. Cuma, petang tadi, lepas hanta kereta kat mak tiri aku yg kerja kat Ford Shah Alam, aku pergi rumah makcik aku (Majistret Hasbi Hassan) dekat Seksyen 7 dengan ayah dan mak aku. Alah, ayah aku kan wakil insurans yang sah. Makcik aku dah lain daripada dulu. Makin cantik daripada dulu...Tapi, dulu pun dia cantik juga..hehe...Lepas tu, aku balik rumah dan baca UTOPIA No:1..Yelah, dah boring..Petang tadi lak hujan lebat...Baca punya baca, tengok-tengok jam dah pukul 7.05 petang. Alamak! Buka lambatlah aku hari ni...Lepas tu, tadi, mak ngan ayah aku dan adik-adik aku hantar pakcik aku ke stesen bas seksyen 18 pasal nak balik Kedah. Tinggallah aku keseorangan di rumah ditemani unggas-unggas dan tupai yang entah dari mana datangnya. Dahlah aku demam...Pukul 9.00 pergi, pukul 10.10 baru balik..Sekarang ni, aku tengah nak surfing...Aku pasrah jelah dengan demam aku ni..Aku anggap ni ujian daripada Allah untuk aku sebagai hambanya...Hamba kalau tak diuji mana nak tahu kesetiaannya, betul tak? At least, dosa-dosa kecil aku akan diampunkan Allah! So, aku pergi dulu ye..Assalamualaikum...

p/s: adusss..penin' nya kepala aku nih..sejuk lak tu suasana sekarang ni...emm..t/ malam ni aku nak tengok Scorpion King & Minority Report...Semalam dah tengok Swordfish...Bye!

Sunday, December 01, 2002

Bonsoir (Selamat petang/bila masuk waktu p.m)... Tengah hari tadi aku tengah melayari internet. Tetiba, jiran aku bagitau yang ayah aku call rumah tapi engaged, so ayah aku call dia suruh aku disconnect. Aku pun disconnect-lah. Ingatkan ayah aku nak marah aku, tapi bila aku angkat telefon rupa-rupanya ayah aku ajak pergi treasure hunt. Ayah aku ni memang kaki treasure hunt. Pantang ada treasure hunt, mesti ayah aku akan menjadi the first person who will register 4 da' competition. Banyak juga treasure hunt competition yang ayah aku dah menang. Kalau tak percaya, cuba check The Star(Metro), muka surat 10, 11 September 1999. Nama ayah aku ditulis sebagai Kamaruzaman (but the real spelling is Kamarudzaman...). Satu lagi ialah di NST, 28 April 1998. Nama ayah aku ditulis sebagai Kamarul. Masa treasure hunt tu, ayah aku masuk paper pasal kedua-dua paper tu adalah salah satu daripada co-sponsor for the competition. Berbalik kepada cerita asal tadi...Bila dapat phone call tu, ayah aku kata b4 2.30 p.m mesti dah kena siap. Aku, adik lelaki aku, dan adik perempuan aku pun bersiaplah dengan cepat dan excitednya. Bila ayah aku sampai rumah dengan my step mom, kami pun terus cari pen sebagai senjata utama untuk bertanding. Kami pun berkejar ke kompleks PKNS (selepas mendapat kebenaran daripada my real mom) sebab treasure hunt dijadualkan pukul 2.30 p.m start. Bila sampai, kami pun duduk di depan pentas utama. Lama tunggu, rupa-rupanya ada persembahan RABBANI dulu sebab ada masalah teknikal, so diaorang pun terlambat start. Tak kisahlah. Jadi kami tengoklah persembahan yang hebat itu. Tapi, yang sedihnya, ayah ngan mak tiri aku bengang pasal takde treasure hunt. Treasure hunt dia digantikan dengan treasure hunt di atas pentas yang bagi mereka amat-amat-amatlah membosankan. But 4 me, it's o.k because aku dapat tengok persembahan RABBANI secara FREE dan LIVE 4 da' first time in my whole life! Alhamdulillah...doa aku selama ini diperkenankan Allah s.w.t... Bila aku tengok, rupa-rupanya Rabbani ni sangat sukakan kanak-kanak. Habis semua kanak-kanak diangkutnya ke depan pentas tu dan diaorang (kanak-kanak tu) dapatlah sorang pocket calendar. Banyak peristiwa lawak yang berlaku sepanjang persembahan itu...tapi..tak dapat ditulis di sini kerana teramatlah banyak sangat peristiwa yang menggelikan hati ini..hehe...Kalau nak tahu e-mel aku ler...Kawan aku dari sekolah tempat aku tinggal (bukan tempat aku belajar) iaitu SMK Alam Megah, Shah Alam dapat satu cd album baru mereka free pasal dia dapat nyanyi lagu Intifada' dengan lengkap dan hebat sampaikan Asri Rabbani kata (masa kat tengah-tengah lagu) ..." O.k...cukup ye..kalau dia nyanyi lagi, susahlah Rabbani nak cari makan..hehe..". Sebelum aku terlupa, rupanya budak SMK Alam Megah tu ada hubungan saudara dengan si Asri ni..Tapi dia tak bagitau aku pun..cis! Tapi, macam mana dia nak bagitau aku..Dia form 4 aku form 3..hehe..sekolah pun lain...Err...oklah ye... Je vais aller au restaurant pour manger (Saya akan pergi ke restoran untuk makan)... Oui (Ya). Sebenarnya, pasal malam ni giliran ayah aku untuk tidur dengan mak tiri aku, Alors (Jadi)...mak aku nak bawak kami adik beradik makan dekat Restoran Gearbox di kawasan rumah aku yang buka 24 jam... So, seperti biasa...Au revoir à bientôt et bonnuit! (Selamat tinggal, jumpa lagi dan selamat malam [untuk tidur])

Saturday, November 30, 2002

Bonjour (Selamat pagi/hello)... Hari ini aku makan sahur lauk ikan bilis goreng tumis dengan sambal (err...kira sambal ikan bilislah tu). Lepas tu, ibu aku suruh sidai kain dengan adik perempuan aku. So, dalam gelap gelita di awal pagi, kami pun sidailah kain. Dan sekarang aku tengah buat popiah dengan ibu aku untuk dijual kepada customer yang sudah menempah. Inipun aku curi-curi pergi ke bilik komputer. Cuma apa yang aku nak cerita ialah, dalam apa jua keadaan, dahulukanlah ibu kita. Sentiasalah tolong ibu kita jika mereka memerlukan bantuan kita. Ingatlah, tanpa ibu, siapalah kita. Walaupun kita mempunyai ibu angkat yang baik dan yang seumpamanya, tapi ingatlah, kasih ibu kandung lebih berharga.

Ibu...
Kau ampunilah dosaku...
Andainya...
Pernah menghiris hatimu...
Restumu...
Yang amat aku harapkan...
Kerana...
Di situ letak syurgaku...
Tabahnya...
Melayani kenakalan anakmu...
Mengajarku erti ketabahan...
Kau bagai...
Pelita di kala aku kegelapan...
Menyuluh jalan kehidupan...


Hatiku benar-benar tersentuh bila mendengar lirik lagu Buatmu Ibu dendangan kumpulan ae-man ini... Entah kenapa, bila aku berada di asrama, hatiku benar-benar terharu bila mendengar lagu ini. Rumah aku dengan asrama bukan jauh sangat pun. Rumah aku kat Shah Alam dan asrama yang aku duduk tu (asrama penuh) dekat Seremban. Tapi, bila duduk kat asrama dan dengar lagu tu, aku rasa sedih sangat. Tu belum duduk oversea lagi..Hehe..Nasib baik sekarang aku kat rumah. Akan ku tunjukkan betapa kasihnya aku padamu, ibuku !!! Au revoir à bientôt! (Selamat tinggal, jumpa lagi!)
p/s: aku belajar Frenchlah kat sekolah
O.klah...nampaknya tarikh pun dah bertukar (kalau ikut jam pclah)...Adik-adik aku pun dah beredar untuk masuk ke bilik pasal nak tidur. Tinggal aku aje sorang-sorang kat bilik komputer yang telah disediakan khas kat rumah aku ni. Mak ngan ayah aku pulak keluar rumah untuk makan pasal tadi masa bukak puasa diorang tak nak ikut gi Shakey's Pizza, jadi dia orang makan ala kadar aje...Tu yang lapar tu...So, they all pun keluar makanlah. Jadi, aku pun nak masuk ke dalam bilik. Tapi, bukan untuk tidur sebaliknya untuk membaca Majalah Komik GEMPAK no:73 yang aku beli masa gi Shakey's tadi. Hari ni aje dah 2 poster aku tampal kat bilik aku. 007 dan TLOTR. Cantik giler bilik aku..hehe...O.klah...kalau aku lambat-lambat kang nanti ngantuk pulak...So, setakat ini sahaja coretan aku untuk malam ni. Jadilah hamba Allah yang soleh dan tingkatkanlah amalan di penghujung Ramadhan ini...
Puasa ada lagi berapa hari yek? Hari ni hari Sabtu, Ahad, Isnin,...Wah! Insya-Allah 6 hari lagi. Pantasnya masa berlalu. Petang tadi, aku berbuka kat Shakey's Pizza di Taman Sri Muda, Shah Alam. Huh...kenyang sungguh! Harga tak payah tanyalah...RM 131.50!Tapi aku rasa berbaloi juga apa yang aku makan tu dengan harganya. Hari ni apa yang aku buat ye? Oh ye! Petang tadi aku kemas rumah untuk hari raya. Kalau ikut mak aku nak pergi niaga kat Bazar Ramadhan tu. Tapi, ayah aku ajak kemas rumah. Jadi, kami pun kemaslah rumah (tetapi tanpa kehadiran ayah aku). Walaupun penat, tapi aku rasa berbaloi juga kerana kalau tak kemas, rumah aku macam tongkang pecah!Nasib baik dah kemas...Memang dah berubah daripada malam semalam. Pagi tadi, aku tengah kemas rumah sementara menunggu orang Wood Kitchen memasang kabinet kat dapur rumah aku. Lepas itu, posmen datang. Dah menjadi kebiasaan aku, kalau posmen datang, akulah the first person who will go to the post box.Aku pun pergi, dan hari ini aje aku dapat 3 kad raya. Satu daripada sahabat karib aku yang dah pindah nun jauh ke Johor, satu daripada kawan lama aku yang dah pindah Melaka dan satu lagi daripada someone special kepada aku...Yang buat aku rasa gembira pasal kat hujung kad dia tulis: Yang suker kat u...Korang tau tak saper dia? Anak Jalil Hamid...Sebenarnya memang dari kecil kami suka sama suka...Tapi, takde apa-apa pun...Maklumlah, cinta monyet!Tapi, dialah sumber inspirasi aku untuk lebih kuat study sebenarnya. Dan petang tadi pula, lepas habis kemas-kemas, adik aku gaduh dengan adik tiri aku. Last-last adik tiri aku merajuk dan dia pun dah taknak duduk rumah aku. Dia telefon mama dia dan dia cakap yang dia nak balik ke rumah dia semula...Ntahlah...Aku tak campur...O.klah..setakat ini saja coretan aku untuk kali ini...Tengoklah nanti, kalau ada peristiwa apa-apa berlaku kejap lagi, aku bagitaulah...Wassalam...